Hari Ini Esok & Selamanya…..

Awak tau tak
Semua pasal semalam
Masa tu kita gembira bersama-sama
Tapi tiba-tiba masalah datang
Kita tak tau nak buat apa…..

Awak tau tak
Semua pasal semalam gak
Awak mintak kita putus
Bermacam alasan yang awak berikan
Mungkin saya nih bukan untuk awak

Awak tau tak
Semua pasal semalam lagi
Saya kata saya sayang kat awak
Tapi awak diam seribu bahasa
Dalam diam hanya saya yang tahu….

Awak tau tak
Semua pasal ari nih pula
Awak mintak kita diam dulu
Kita dah kembali macam dulu
Biar semua orang tak tau…

Awak tau tak
Semua pasal hari nih lagi
Awak sibuk kejar masa
Macam awak dah lupakan saya
Tapi saya tahu awak tetap milik saya…

Awak tau tak..
Semua pasal hari nih
Saya duduk merenung hadapan
Sambil ingatkan awak seorang
Tak terfikir langsung untuk berlaku curang….

Awak tau tak
Semua pasal esok
Bila semua urusan selesai
Tiada sesiapa pun boleh
Pisahkan awak dari saya…

Awak tau tak
Semua pasal esok nanti
Awak janji nak bersama
Takkan pergi mana-mana
Tinggalkan saya seorang diri…

Awak tau tak
Semua pasal esok dan tulat
Awak mungkin pergi jauh
Tapi tak mengapa sebab
Saya pasti mencari awak

Awak tau tak
Semua pasal suatu hari nanti
Masa kita dah sesama berjaya
Sebentuk cincin dalam kotak
Mungkin jadi milik awak
Kalau saya tak pergi dulu….

Awak tau tak
Semua pasal semalam…ari nih…
Esok ….dan suatu hari nanti
Semua kisah yang terjadi
Mungkin ada satu sebab sahaja…
Sebab
SAYA SAAAYANG AWAK…. :)

Leave a Reply